Kanak-kanak Lemas Di Melaka Masih Hidup, Emosi Tidak Stabil Punca Bapa Cakap Anak Meninggal Dunia

Entertainment
21 Jul 2025 • 3:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kanak-kanak berumur 7 tahun yang lemas di kolam renang rumah inap di Kota Laksamana, Melaka semalam dilaporkan rupanya masih hidup meskipun dalam keadaan kritikal akibat otaknya gagal berfungsi.

Menurut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, tindakan bapa kanak-kanak berkenaan yang memaklumkan anaknya sudah meninggal dunia mungkin disebabkan gagal mengawal emosi.

Kanak-kanak itu difahamkan kini bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan di PICU Hospital Melaka.

image is not available

Bagaimanapun tadi sewaktu melawatnya di PICU, doktor beritahu otak mangsa sudah tidak lagi berfungsi atau otak mati dan bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan penafasan.

“Sekarang ini hanya keajaiban Allah boleh menentukan segalanya sebab itu saya rasa hari pertama kejadian pun (bapa) dah terasa kecewa sangat sebab itu terlepas cakap (mati), mungkinlah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bapa kanak-kanak tersebut, Ahmad Ridzuan Supian, 36, memaklumkan bahawa anaknya, Ahmad Firdaus Iqbal, 7, sudah meninggal dunia selepas tidak menunjukkan reaksi balas ketika dirawat di PICU kira-kira 12 malam tadi.

Dia juga memberitahu otak anak bongsu daripada dua beradik itu sudah mati dan jenazah akan dibawa pulang ke Johor untuk pengebumian dan turut berkongsi berita itu menerusi akaun TikToknya pada jam 3.30 pagi.

Namun begitu, timbul pertikaian dalam kalangan ahli keluarga kanak-kanak itu mendakwa mangsa belum meninggal dunia dan masih dalam keadaan kritikal di hospital.

image is not available

Dalam pada itu, Kalsom memaklumkan kanak-kanak itu akan menjalani prosedur khas esok untuk mengetahui adakah mangsa boleh diselamatkan sekiranya mesin bantuan pernafasan dicabut.

Saya tanya doktor tadi, bagaimana jika mesin itu dicabut memandangkan dia bergantung penuh bapa alat itu dan doktor beritahu ia akan ditentukan esok sama ada mangsa boleh diselamatkan atau tidak.

“Tapi saya lihat tadi ibu dan bapanya sudah reda dengan apa jua kemungkinan walaupun trauma dalam tragedi menyayat hati ini,” katanya.

Marilah kita doakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini…

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.