Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Renang Pergi Jua
MELAKA — Kanak-kanak lelaki yang lemas di kolam renang rumah inap di sebuah kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana di sini pada Ahad lalu meninggal dunia.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 3 hari ini.
“Al-fatihah
“Semoga syurga buat adik Ahmad Firdaus Iqbal bin Ahmad Ridzuan.
“Salam takziah buat ahli keluarga,” maklum kenyataan itu.
Berita lanjut menyusul
https://www.facebook.com/Sktamanrinting3/posts/pfbid02rzh5DVcJMVr5Zu34sygKKhMogS6RMLN7biwJBKxmT6txtHk2uxS1AUb5z8cu5mTtl
Sumber: SK Taman Rinting 3
The post Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Renang Pergi Jua appeared first on Siakap Keli.



