Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Renang Pergi Jua Selepas Lebih 48 Jam Bertarung Nyawa

LocalFamily & Parenting
22 Jul 2025 • 3:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dilaporkan lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar akhirnya disahkan meninggal dunia hari ini.

Kanak-kanak lemas di kolam renang

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ahmad Firdaus Iqbal, yang bertarung nyawa selama lebih 48 jam di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak, Hospital Melaka, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami kegagalan fungsi otak dan bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan.

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Perkhabaran duka itu disahkan oleh bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, susulan tular poster ucapan takziah yang dimuat naik pihak sekolah dan ahli keluarga.

“Ya,” jawabnya ringkas ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini bagi mengesahkan perkara tersebut.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem turut memaklumkan bahawa jenazah telah diserahkan kepada keluarga pada jam 12.05 tengah hari sebelum dibawa pulang ke Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor untuk urusan pengebumian.

image is not available

Terdahulu, insiden berlaku pada pagi Ahad lalu apabila mangsa ditemukan lemas di kolam renang oleh orang awam sebelum diselamatkan dan diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh anggota bomba yang tiba sejurus selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 9.45 pagi.

“Mangsa tidak sedarkan diri ketika ditemui dan telah dibawa ke Hospital Melaka oleh ambulans,” kata Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zahery Mohd Zailani.

Pemergian adik Firdaus Iqbal nyata menyentuh hati ramai, dan orang ramai menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar keluarganya tabah menghadapi kehilangan ini.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)