Kanak-kanak lima tahun maut lemas di kolam rumah kelab Lenggeng

LocalFamily & Parenting
6 Dec 2025 • 8:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut dipercayai lemas di kolam rumah kelab di Lenggeng, Seremban, selepas hilang dari pandangan ibu bapa

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai lemas ketika mandi bersama rakan-rakan di sebuah kolam rumah kelab di Lenggeng.

Ketua Polis Negeri Datuk Alzafny Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa dilaporkan hilang daripada pandangan ibu bapanya semasa menghadiri majlis tadika.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari itu, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam.

Orang awam memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sementara menunggu ambulans tiba.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan tiba di jabatan kecemasan pada 1.06 tengah hari.

Pegawai perubatan bertugas mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika tiba.

Laporan kejadian dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah pada 3.32 petang bagi tindakan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Bernama