Kanak-kanak maut, dua cedera kereta dinaiki terbabas

23 Apr 2025 • 12:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 23 APRIL: Kanak-kanak perempuan maut, dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Adda 5 di Taman Adda Heights di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, Perodua Myvi dinaiki tiga individu itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Izwan Abdullah berkata sepasukan anggota yang dikejarkan ke lokasi mendapati tiga mangsa tersepit akibat kemalangan itu.

“Mangsa lelaki berusia 24 tahun cedera dan wanita berusia 23 tahun parah. Mereka tersepit di bahagian hadapan kereta.

“Seorang kanak-kanak perempuan turut ditemui dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya, lapor Berita Harian.

Dua mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan, sementara mayat kanak-kanak perempuan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved