Kanak-Kanak Pengemis Jalanan Di Sabah Bawa Pisau, Netizen Gusar Dengan Situasi Bahaya Ini

7 Jan 2025 • 11:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Keselamatan awam di Kota Kinabalu tergugat?

Kanak-Kanak Pengemis Jalanan Di Sabah Bawa Pisau, Netizen Gusar Dengan Situasi Bahaya Ini. Baru-baru ini, satu hantaran di media sosial telah menarik perhatian ramai apabila seorang kanak-kanak pengemis jalanan dilaporkan membawa pisau di kawasan sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook, seorang pengguna berkongsi pengalaman cemas apabila melihat kanak-kanak perempuan tersebut membawa pisau yang disembunyikan di belakang tangannya sambil meminta sedekah.

image is not available
Kanak-Kanak Pengemis Jalanan Di Sabah Bawa Pisau, Netizen Gusar Dengan Situasi Bahaya Ini. Sumber foto: Afifah Rahman

“Nasib Baik Tiada Insiden Cederah Berlaku”

Menurut individu itu, insiden berlaku berhampiran pejabat Pos Kota Kinabalu dan Wisma Merdeka. Kanak-kanak tersebut dikatakan telah menghampiri seorang pelancong, memegang tangan pelancong tersebut sambil meminta sedekah, dan pada masa yang sama menggenggam pisau di tangan yang lain.

“Nasib baik pelancong itu cepat mengelak. Kalau tidak, tak tahulah apa yang mungkin berlaku,” kata individu itu, yang turut memuat naik video kejadian tersebut.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Ramai meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan awam dan mempersoalkan bagaimana kanak-kanak tersebut boleh memiliki senjata tajam.

Tindakan PDRM di Tawau: Harapan untuk Selesaikan Isu

Kes ini berlaku tidak lama selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Tawau berjaya menangkap beberapa pengemis jalanan yang sering mengganggu pengguna jalan raya.

Diharapkan pihak berkuasa dapat segera menyiasat kes ini dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan orang awam, terutamanya di kawasan tumpuan ramai seperti Kota Kinabalu.

Apa Pendapat Anda?

Adakah anda pernah mengalami insiden serupa melibatkan pengemis jalanan? Jangan lupa untuk berhati-hati dan waspada ketika berada di kawasan awam.

Artikel ini ditulis untuk meningkatkan kesedaran tentang isu keselamatan awam. Mari kita sama-sama berdoa agar kejadian seperti ini tidak berulang.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes pengemis jalanan di Sabah: