Kanak-Kanak Perempuan 6 Tahun Rentung Kebakaran Rumah

10 Feb 2026 • 4:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Patau, Tambunan, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 4 pagi dengan kanak-kanak itu ditemukan di sebuah bilik.

"Kebakaran juga melibatkan tiga kenderaan. Seorang wanita berusia 31 tahun yang juga ibu saudara mangsa mengalami kecederaan ketika ingin menyelamatkan diri," menurut kenyataan itu.

PGO memaklumkan bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.08 pagi dan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 16 kilometer dari balai itu.

Operasi pemadaman yang menggunakan sumber air daripada jentera dan pili bomba berjaya mengawal kebakaran pada 4.40 pagi dan ditamatkan pada 7 pagi. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved