Kanak-kanak perempuan dipercayai lemas di Pantai Tanjung Pahang

10 Jan 2026 • 10:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai lemas di Pantai Tanjung Pahang, Kuala Rompin, petang Sabtu. Foto hiasan

KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai lemas di Pantai Tanjung Pahang, Kuala Rompin, petang Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang.

"Mangsa telah ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Jurucakap itu memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 6.45 petang.

Operasi melibatkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rompin dengan kekuatan masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). - Bernama