Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemui Selamat Di Batang Kali, Tiga Suspek Direman

23 Jul 2024 • 11:26 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat.

image is not available

Mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat. Penemuan itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi.

Tiga suspek yang disiasat bagi kes culik seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada Sabtu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini pada pagi Selasa.

image is not available

Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu dikawal ketat anggota polis serta bergari tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi.

image is not available

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.