Kanak-kanak perempuan maut dipercayai akibat didera

LocalFamily & Parenting
23 Jun 2025 • 5:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

MELAKA, 23 JUN: Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu kira-kira 10.15 pagi tadi, selepas doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan memaklumkan mangsa meninggal dunia pada 9.45 pagi.

“Doktor sebelum itu menerima seorang pesakit kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dihantar oleh bapa tiri mangsa ke hospital berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pesakit patah kaki dan terdapat kesan lebam di bahagian kepala serta badan disyaki akibat didera,” katanya dalam kenyataan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved