Alami Cedera Parah, Kanak-Kanak Maut Disyaki Jadi Mangsa Dera Bapa Tiri & Ibu

23 Jun 2025 • 6:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai jadi mangsa dera bapa tiri dan ibu kandunganya dalam kejadian menyayat hati di sebuah rumah di Kota Laksamana, Melaka, pagi tadi.

Dikatakan jadi mangsa dera bapa tiri

Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa dikatakan dibawa oleh bapa tiri berusia 30-an ke sebuah hospital swasta di bandar

image is not available

Kredit foto: Sinar Harian

Disyaki jadi mangsa dera bapa tiri apabila terdapat banyak lebam dan kecederaan

Melaka bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan serius, namun pihak perubatan mendapati keadaan mangsa mencurigakan apabila terdapat kesan yang disyaki akibat penderaan pada tubuhnya.

“Mangsa juga didapati mengalami patah kaki serta kesan lebam di kepala dan badan sebelum meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan hospital terbabit,” kata sumber.

image is not available

Kira-kira jam 10 pagi, pihak hospital terus menghubungi polis selepas mengesan keadaan luar biasa itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Leow Kian Heong mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi media, namun enggan mengulas lanjut memandangkan kes masih dalam siasatan.

image is not available

Mayat mangsa kini telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)