Kanak-kanak rentung rumah terbakar

23 Aug 2024 • 3:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Telisai, di sini, pada malam Rabu.

Mohd Qalish Abdul Jumain ditemui di dalam sebuah bilik oleh anggota bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 9.46 malam.

Sepasukan anggota bomba dengan jentera dan kenderaan EMRS dikerahkan ke tempat kejadian.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Sebaik tiba, pasukan melaporkan sebuah rumah diselubungi api dan segera melakukan operasi pemadaman.

“Kebakaran dikawal pada 10.54 malam dan pasukan menemui mayat kanak-kanak itu pada 10.59 malam,” kata jurucakap itu.

Menurut jurucakap itu, tiga motosikal turut musnah dalam kejadian tersebut.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 12.45 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.