Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

23 Aug 2024 • 7:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.10 malam (waktu tempatan) di Jalan Adipura, bandar Makassar, wilayah Sulawesi Selatan semalam. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian menunjukkan sebuah motosikal dinaiki tiga kanak-kanak terbabit menghampiri sebuah rumah. 

Salah seorang kanak-kanak itu turun lalu melepaskan anak panah ke arah seorang lelaki yang berada di dalam rumah tersebut sebelum mereka melarikan diri. 

Motif Serangan Tidak Diketahui

Menurut Ketua Polis Panakkukang, Muhammadi Mustari, ketiga-tiga suspek ditahan dalam tempoh kurang 24 jam. 

“Suspek berjaya ditahan...

“Suspek berjaya ditahan dan diserahkan ke Unit Perlindungan Wanita dan Anak (PPA) manakala motif serangan masih belum diketahui,” kata Muhammad.

Tambah Muhammad, busur panah yang digunakan turut disita oleh polis.

Sumber: Kosmo!