Kanak-kanak tahan sakit besi pagar tertusuk punggung

5 Jun 2023 • 9:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba mengusung kanak-kanak yang tertusuk besi pagar untuk dibawa ambulans ke HTAJ Sabak Bernam pada Isnin.

SABAK BERNAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun terpaksa menahan sakit selepas besi pagar tertusuk di punggungnya di sebuah rumah di Taman Seri Sungai Besar di sini pada Isnin.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.25 petang.

Menurut beliau, seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu masih berada di pagar besi rumah berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati punggung kanak-kanak itu tertusuk besi pagar sedalam 15 sentimeter," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin

Jelas beliau, anggota bomba kemudiannya segera bertindak mengangkat kanak-kanak itu dan dibawa ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved