Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

6 Jun 2023 • 7:10 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota Bomba membawa seorang kanak-kanak yang mengalami kecederaan selepas punggungnya tercucuk besi pagar di Taman Seri, Sungai Besar, Sabak Bernam ke hospital. - Gambar ihsan Bomba

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Taman Seri, Sungai Besar, Sabak Bernam, petang semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam  6.25 petang.

“Seramai 10 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar telah ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kejadian, kanak-kanak itu masih berada di pagar besi rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

“Anggota bomba segera bertindak bagi mengangkat kanak-kanak berkenaan sebelum dibawa ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Menurut Wan Md Razali, ketika kejadian ibu mangsa tiada di rumah dan kejadian itu hanya disedari oleh jiran.

“Menurut jiran, mangsa sering dilihat bermain di atas pagar tersebut,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved