Kanak-Kanak Tujuh Tahun Meninggal Dunia Selepas 16 Jam Bertarung Nyawa Akibat Lemas

LocalFamily & Parenting
21 Jul 2025 • 10:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat lemas di kolam renang akhirnya meninggal dunia selepas 16 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka, awal pagi Isnin.

Kanak-kanak lemas ketika bercuti bersama keluarga

Menurut laporan Sinar Harian, perkhabaran duka itu dikongsikan sendiri oleh bapa mangsa menerusi satu video di akaun TikTok miliknya.

“Doakan cahaya mata kami ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman… ALLAH lebih sayangkannya,” tulisnya.

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Dalam pada itu, bapa mangsa turut memohon doa orang ramai agar segala urusan keluarganya dipermudahkan.

Difahamkan, jenazah anak kecil itu akan dibawa pulang ke kediaman keluarga mereka di Taman Rinting, Pasri Gudang, Johor sebelum disemadikan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Terdahulu media melaporkan insiden menyayat hati itu berlaku ketika sebuah keluarga sedang bercuri di sebuah rumah inap di kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zahery Mohd Zailani memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang mengatakan terdapat kanak-kanak lemas sekitar jam 9.45 pagi.

image is not available

Foto: Kosmo!

“Tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati seorang kanak-kanak lelaki telah dikeluarkan dari kolam oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri. Anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan (CPR),” katanya.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut sebelum dishakan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)