AV1 adalah codec video yang memampatkan kandungan video 30% lebih baik berbanding codec VP9. Ia juga adalah codec untuk menjimatkan penggunaan data mudah alih. Netflix telah menggunakan codec ini pada platform mereka untuk peranti Android, televisyen dan konsol tetapi terhad kepada kandungan terpilih. Terbaru, kandungan HDR10+ pula dimaklumkan mula dimainkan dengan codec AV1.
Menurut Netflix, mana-mana peranti yang menyokong codec AV1 akan memainkan kandungan pada codec ini secara automatik. Perbezaannya adalah, codec ini sebelum ini terhad kepada kandungan HDR10 sahaja dan kini telah dikembangkan kepada kandungan HDR10+ juga.

Terdapat 11,000 jam kandungan HDR10+ di Netflix dan lebih 50% kini dimainkan pada codec AV1. Semua kandungan baharu dan kandungan popular sedia ada turut telah menggunakan codec ini. Menjelang hujung tahun 2025, semua kandungan HDR di Netflix akan sedia menggunakan AV1.
Untuk menikmati kandungan HDR10+ tanpa menggunakan data yang banyak, codec AV1 di Netflix hanya disokong pada pelan Netflix Premium. Anda memerlukan pelan yang paling mahal iaitu RM62.90 sebulan.

![“Berapa Kotak Kismis Akak Telan?” – Ramai Kagum Lihat Gadis Pantas Jawab Soalan Matematik [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)