“Berapa Kotak Kismis Akak Telan?” – Ramai Kagum Lihat Gadis Pantas Jawab Soalan Matematik [Video]

EntertainmentTechnology
28 Feb 2025 • 4:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada masa kini, pelbagai jenis kandungan kreatif yang dihasilkan oleh pengguna dan dikongsikan di platform media sosial.

Antara yang mendapat perhatian adalah video tentang masakan, pelajaran, gelagat individu dan eksperimen sosial.

Malah, ada yang lebih kreatif mencipta kandungan interaktif seperti kuiz dengan bertanyakan soalan kepada orang ramai.

Pastinya kandungan sebegini menarik penonton untuk sama-sama memberikan jawapan.

Gadis Jawab Soalan Matematik Dengan Pantas

Samalah seperti kandungan sebuah akaun ini yang bertanyakan soalan matematik kepada orang ramai.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah respon si gadis yang berjaya menjawab soalan matematik dengan pantas.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ tekatrivia, kelihatan gadis berkenaan yang memakai pakaian berwarna kelabu dan seorang rakannya sedang bersedia menjawab kuiz tersebut.

Ketika seorang lelaki bertanyakan mereka tentang punca kuasa bagi 81, gadis berkenaan tanpa teragak-agak terus menjawab sembilan manakala rakannya masih mencari jawapan yang tepat.

Soalan Matematik Bukan Biasa-Biasa

Gadis itu sekali lagi mengagumkan orang ramai apabila berjaya menjawab soalan kedua dan ketiga dengan pantas.

Soalan kedua merupakan soalan tentang sifar kuasa sifar manakala yang ketiga pula mengenai usia bayi yang lahir tahun 2012 pada tahun 2025.

Tidak terhenti setakat itu, gadis berkenaan berjaya memenangi pusingan tersebut apabila berjaya menjawab soalan yang keempat serta kelima berkenaan peratus dan jarak perjalanan keretapi yang memandu selama 2 jam setengah jika kelajuannya adalah 60 km/j.

Ramai Kagum Lihat Si Gadis Jawab Soalan Matematik Tanpa Guna Kalkulator

Video yang telah mendapat tontonan lebih 2.1 juta itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kagum dengan kepandaian gadis berkenaan yang mampu menjawab dengan pantas tanpa menggunakan kalkulator.

Malah, ada yang membandingkan kepandaian gadis itu dengan diri masing-masing yang masih tidak mampu memberikan jawapan tepat walaupun dengan bantuan kalkulator.

Namun, ada pengguna yang turut sama membuat kiraan bagi memastikan jawapan gadis berkenaan tepat atau tidak.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Berapa Kotak Akak Ni Makan Kismis? Pandai Betul”

image is not available

“Sifir Pun Aku Tak Hafal”

image is not available

“Aku Pause Video Untuk Jawab, Tu Pun Jawapan Aku Salah”

image is not available

“Suka Tengok Orang Pandai Matematik, Congak-Congak Settle”

image is not available

“Akak Makan Nasi Campur Kismis Pintar Ke Hari-Hari”

image is not available

Source: