Kang Seo Ha Meninggal Dunia Akibat Kanser Pada Usia 33 Tahun

EntertainmentHealth & Fitness
14 Jul 2025 • 5:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon, Kang Seo Ha yang meninggal dunia akibat kanser perut, semalam.

Kang Seo Ha meninggal

image is not available

Foto: Kenh14

Menurut laporan media, Kang telah bertarung nyawa melawan penyakit itu sudah sekian lama dan pada usia 31 tahun pelakon tersebut menghembuskan nafas yang terakhir.

Difahakam, Kang juga turut menyembunyikan penyakitnya dari pengetahuan umum serta peminat sejak disahkan menghidap kanser beberapa tahun yang lalu.

Dalam pada itu, Kang juga dikatakan aktif menerima tawaran lakonan biarpun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dan difahamkan dia baru sahaja menghabiskan pengambaran filem terbarunya berjudul ‘Mangnaein’ sebagai watak utama.

Proses pengebumian akan dilakukan pada pagi Selasa, sebelum mendiang dikremasi dan abunya disemadikan di tanah perkuburan keluarga di Haman, Gyeongsangnam-do.

image is not available

Untuk rekod, Kang mula mencipta nama dalam industri hiburan pada tahun 2012 selepas muncul dalam video muzik kumpulan Brave Girls berjudul Getting Away.

Kemudian, aktres itu mula membintangi beberapa drama antaranya Schoolgirl Detectives, Assembly, First Love Again, Through the Waves, Flowers of the Prison, dan Heart Surgeons.

Sumber: allkpop