Kantoi bawa ‘barang terlarang’ ke sekolah, ibu izin guru hukum anak

LocalFamily & Parenting
23 Oct 2024 • 5:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial kisah seorang ibu izin guru hukum anak selepas mengetahui anaknya telah membawa beberapa barang yang dilarang untuk dibawa ke sekolah.

Menerusi satu hantaran di Facebook, guru kaunseling, Abdul Muiez telah membuat perkongsian berkenaan pemeriksaan mengejut atau spot check yang dilakukan oleh pengetua di sekolahnya.

Ibu izin guru hukum anak kerana bawa ‘barang terlarang’ ke sekolah

“Jarang pengetua buat spot check. Tapi bila buat, tangkapan besar punya. Saya anggap murid ni tak bernasib baik semalam.

“Dia berjalan. Pengetua tegur rambut. Alang-alang, cek beg sekali,” katanya.

Susulan melakukan pemeriksaan mengejut itu, Pengetua di sekolah berkenaan berjaya merampas beberapa ‘barang terlarang’ iaitu rokok elektronik, telefon pintar dan power bank.

Ibu izin guru hukum anak selepas dihubungi guru disiplin

image is not available

Namun begitu, apa yang membuatkan Abdul Muiez berasa sedikit bangga adalah apabila ibu kepada murid tersebut memberikan kerjasama yang sangat baik.

“Cikgu disiplin telefon mak. Alhamdulillah, bagus mak murid ni. Maknya kerja bagus. Ayahnya pun kerja bagus. Tapi bila bab anak, maknya serahkan saja kepada sekolah,” tulisnya.

Menerusi perbualan antara guru disiplin dan ibu kepada murid tersebut, ibunya memberi kebenaran kepada guru di sekolah itu untuk merampas ‘barang terlarang’ yang anaknya bawa.

image is not available

Foto hiasan

Ketika diberitahu anaknya perlu dirotan kerana telah membawa rokok elektronik, ibu kepada murid tersebut memberikan kebenaran kepada guru disiplin di sekolah tersebut.

“Biasanya, bila anak kena tangkap bawa telefon pukul 10, pukul 11 ayah dah datang bawa geng. Semoga anak-anak macam ni akan terus cemerlang dari sudut akhlak dan akademik,” ujar Abdul Muiez.

Dalam pada itu, Abdul Muiez sempat memuji murid tersebut kerana selepas menerima hukumannya, dia memohon maaf kemudian menyalam tangan gurunya.

“Murid ni budak baik. Dia mengaku kesilapan dia. Lepas kena rotan, dia minta maaf. Slaam cikgu, cium tangan.

“Bagus budaknya. Tapi mungkin tergelincir sikit. Harapnya hukuman ini akan menarik dia kembali ke landasan,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang bersetuju dengan tindakan ibu kepada murid tersebut kerana tidak melenting apabila anaknya yang jelas-jelas membuat kesalahan diberikan hukuman.

Ibu izin guru hukum anak, mesti ibunya dah penat tegur

image is not available

Bagus ibu ayahnya

image is not available

Kalau saya pun, memang saya izinkan

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang mendoakan agar murid tersebut menerima pengajaran daripada kejadian itu dan berubah kepada yang lebih baik.

Moga dia berubah

image is not available

Moga jadi anak yang soleh

image is not available

Ibu izin guru hukum anak, doa yang baik2

image is not available

Insyallah, tindakan ini beri kesedaran

image is not available

Kalau dah terang-terang bersalah, memang patut ibu bapa beri kebenaran kepada guru untuk beri hukuman asalkan tidak menyebabkan kesakitan berpanjangan.

Sumber: Facebook Abdul Muiez