Kantoi Berdua-Duaan Dalam Velfire, Penghantar Makanan Dan Guru Ditahan Kerana Rempuh Motosikal Polis

LocalPolitics
24 Oct 2024 • 11:08 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pdrm

Seorang penghantar makanan dan guru tadika ditahan selepas merempuh motosikal anggota polis yang sedang melakukan pemeriksaan.

Mereka berdua dikatakan sedang berdua-duaan dalam sebuah kereta MPV jenis Toyota Velfire dalam keadaan enjin dihidupkan di satu lorong yang gelap.

Menurut KPD Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, suspek lelaki yang berada di bahagian belakang kenderaan membuat tindakan bahaya dengan terus bergerak ke tempat pemandu serta menekan minyak kereta.

Tindakan Luar Kawalan Dari Suspek

image is not available
Gambar Hiasan

Tindakan itu diambil suspek selepas anggota polis menyuluh ke dalam kereta sambil mengeluarkan kad kuasa.

Oleh yang demikian, suspek lelaki direman 7 hari bermula hari ini manakala suspek wanita direman hingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan selepas kedua-duanya ditahan sekitar Batu Caves, Gombak dan Taman Melati, Setapak.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian