Tular Video Sir Fathi Tahan Sabar Dengan Komen Biadap Pelajar Ketika Kelas ‘Online’ – “Saya Orang Melayu Sir, Bukan Orang Penjajah”

LocalEntertainment
23 Oct 2024 • 1:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular rakaman memaparkan Sir Fathi, guru yang mengajar matematik tambahan dengan cari ‘fun’ memberi respon terhadap satu komen daripada seorang pelajar dalam satu sesi pembelajaran ‘online’.

Sir Fathi yang sedang mengajar ketika itu terbaca satu komen yang seolah-olah membuat provokasi dan biadap daripada seorang pelajarnya.

Pelajar itu telah mempersoal mengapa Sir Fathi mengajar menggunakan bahasa Inggeris dan menekankan bahawa dia tidak suka kerana ia adalah ‘bahasa penjajah’.

“Saya orang Melayu Sir, bukan orang penjajah”, tulisnya.

image is not available

Sir Fathi dilihat tidak melantun atau mengamuk sebaliknya menahan sabar dan bertanya kepada pelajar itu apa yang dirasakan selepas menulis komen sebegitu.

Adakah bila awak kata macam tu awak rasa macam diri awak hebat? Atau awak rasa macam awak cukup Melayu? Atau awak rasa awak berada pada level di atas? Atau itu memang ajaran yang telah diajar pada awak selama ini?

Dengan nada bersabar, Sir Fathi kemudian berkata dia menggunakan kedua-dua bahawa ketika mengajar tetapi menulis dalam bahasa Melayu untuk nota pada papan putih.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 months ago

(VIDEO) Netizen ‘Tepuk Dahi’ Tengok Gen Z Tak Tahu Ibu Negeri Selangor - “Adoi, Sakit Kepala Aku Tengok”