Kantoi berpegangan tangan di pusat beli belah, Diana Danielle ada kekasih baharu?

EntertainmentLifestyle
22 Sep 2025 • 1:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon cantik Diana Danielle menjadi bualan ramai apabila didakwa sedang bahagia dengan teman lelaki baharu selepas sah bercerai buat kali kedua bersama pelakon, Farid Kamil pada bulan Mac lalu.

Pegang tangan di pusat beli belah

Memetik laporan Utusan Malaysia, ada sumber daripada seorang individu mendakwa pelakon itu berjalan bersama seorang lelaki kacak di sebuah pusat membeli belah sambil berpegangan tangan.

image is not available

Menurut sumber, mereka dilihat seolah-olah melakukan aktiviti sukan bersama dan dikatakan lelaki tersebut mempunyai rupa paras yang kacak dan bukannya seorang penggiat industri seni.

“Barangkali mereka baru sahaja selesai buat aktiviti sukan. Sebab mereka pakai baju sukan. Rasanya memang sahlah mereka bercinta sebab jalan seiringan sambil tak lepas berpegangan tangan. Boleh tahan ‘handsome’ lelaki itu,” kata sumber daripada Utusan.

image is not available

Mengetahui perkara tersebut, ramai yang turut gembira apabila pelakon itu sudah menemui bahagianya sendiri setelah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

image is not available

Bukan itu sahaja, bagi peminat, tiada salahnya kerana Diana tidak lagi bergelar isteri orang, malah masih menjaga anak-anak dengan penuh tanggungjawab.

Paling penting, pelakon itu juga berhak mengecap bahagia, dan diharapkan lelaki tersebut mempunyai niat ikhlas mahu menjaga dan tidak melukai hatinya sekali lagi.

Sumber: Utusan (Cik Bunga)