Kantoi Buat Group Chat Kutuk Bos, Kieda Crepe Minta 12 Staf Hantar Surat Resign 24 Jam

Entertainment
24 Nov 2023 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Usahawan yang terkenal dengan menu crepe, Kieda sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila berkongsi menghadapi ujian berat melibatkan isu dengan pekerja sendiri.

Menerusi satu rakaman video di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra mendedahkan penemuan group chat yang dibuat oleh pekerjanya yang terdiri daripada 12 ahli tanpa pengetahuannya.

Katanya, group chat itu dibuat bertujuan untuk meluahkan rasa tidak puas hati sekali gus mengutuk Kieda. Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan di Insta Story, ada pekerjanya yang bercadang untuk berhenti setelah menerima gaji bulan hadapan.

image is not available

Cukup terkilan mengetahui hal tersebut, Kieda meminta 12 staf terbabit untuk menyerahkan surat peletakan jawatan dalam tempoh 24 jam.

Sepanjang menjadi majikan, Kieda berkata dia sudah cuba melakukan yang terbaik untuk semua staf termasuklah melayani mereka seperti keluarga sendiri. Namun, tidak menyangka dirinya telah dikhianati oleh mereka.

image is not available

Buat laporan polis

Bukan itu saja, Kieda dilihat tampil dengan satu laporan polis berhubung isu terbabit. Menurutnya, dalam 12 orang staf tersebut, Kieda hanya membuang lima orang pekerja sementara yang lain diberikan surat amaran.

Tambahnya, dia akan turut berbincang dengan pejabat buruh mengenai isu tersebut untuk tindakan selanjutnya.

@hqkiedacrepepenang

Jangan terlalu banyak berkorban untuk orang lain. Kerana ada manusia yg tidak tahu berterimakasih. Peluk diri sendiri #kiedacrepe

♬ Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama

Jelas Kieda, group chat itu bermula daripada satu dua kepala dan rakan-rakan yang lain terpaksa menurut kerana tak mahu hilang kawan.

Dia bagaimanapun tak menyalahkan sesiapa dan menjadikan insiden ini sebagai pengajaran untuk muhasabah diri.

Sumber: TikTok, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.