Kantoi Curang Dengan Calon STPM, Suami Pempengaruh Mohon Padam Gambar Konon Sebab Nak Jaga Air Muka

LocalFamily & Parenting
4 Feb 2026 • 4:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Nurin Lofa mendedahkan yang suaminya, Fadrul didakwa curang dengan seorang gadis muda.

Menerusi TikTok miliknya, Nurin mengakui bahawa dia mahu mendedahkan segala bukti namun suaminya memohon agar menjaga air mukanya demi anak.

Artikel berkaitan: Sering Dituduh Curang Tanpa Bukti Punca Faisal Halim Lafaz Cerai Talak Dua – Peguam

Wanita berumur 21 tahun itu bagaimanapun mengambil keputusan untuk memadam semua hantaran yang membuka aib suaminya dan dia tegas mengatakan bahawa dia enggan memaafkan orang ketiga dalam rumah tangganya itu.

@nurinlofar

Tasya wawa aku takkan maafkan kau.

“Ikutkan hati aku nak muat naik saja semua. Tapi disebabkan dia minta simpati sebagai ayah kepada anak kami. Katanya, ada air muka yang perlu dijaga. Aku padam semua. Aku sumpah atas nama mak ayah aku, kau tidak akan bahagia dunia dan akhirat.”

Berkenaan dengan perihal rumah tangganya, Nurin akan serahkannya kepada pihak mahkamah syariah.

“Aku dah selesai dengan Fadrul sebab biar kami uruskan di mahkamah syariah nanti. Cuma budak Temerloh, kau dengan aku tak habis lagi. Jangan ingat kau boleh lari macam itu saja. Kau tunggu saja hari kau, tak hari ini, hari esok.”

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article