Kantoi Curang Dengan Rakan Sekerja, Lelaki Dari Indonesia Ini Paksa GF Makan Najis

27 Jun 2023 • 12:10 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini memang dah tahap ekstrem sudah ni…

Kantoi Curang Dengan Rakan Sekerja, Lelaki Dari Indonesia Ini Paksa GF Makan Najis. Dalam satu peristiwa yang mengejutkan, seorang lelaki telah menyebabkan teman wanitanya mengalami pengalaman pahit yang mengerikan.

Difahamkan, lelaki tersebut telah bertindak untuk memaksa teman wanitanya untuk memakan najisnya apabila mendapati wanita terbabit telah melakukan curang dengan salah seorang rakan sekerja wanita berkenaan.

image is not available
Kantoi Curang Dengan Rakan Sekerja, Lelaki Dari Indonesia Ini Paksa GF Makan Najis

Menikmati hubungan yang sihat

Menurut laporan, lelaki tersebut yang digelar EP, dikatakan menikmati hubungan yang kelihatan sihat dengan teman wanitanya sebelum kejadian.

Namun, EP terserempak dengan seorang lelaki, dipercayai rakan sekerja teman wanitanya, di dalam rumah sewa wanita berkenaan.

Difahamkan, EP telah cuba mengejar lelaki tersebut namun tidak berjaya. Susulan itu, EP memasuki tandas di rumah terbabit dan membuang air besar yang kemudian diambilnya menggunakan tangannya sendiri.

EP kemudian menyapu najis tersebut pada wajah teman wanitanya dan memaksanya makan najis tersebut akibat kemarahannya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Memukul teman wanita akibat kemarahan

Selain memaksa wanita itu memakan najisnya, EP juga telah bertindak untuk memukul wanita itu di bahagian muka dan tanganya.

Sebuah laporan polis kemudian dibuat oleh wanita berkenaan dan menyebabkan EP ditahan polis beberapa hari kemudian. Jika disabit kesalahan, EP bakal menghadapi penjara selama 2 tahun dan 8 bulan.

Lagi di sini: