“Isteri tak syak ke?” – Penyanyi Wanita Bertudung Kantoi Ada Hubungan Dengan Suami Orang?

Entertainment
20 Jun 2023 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau tak ada angin, tak akan pokok bergoyang?

Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang penyanyi wanita yang terkenal dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan pengurusnya sendiri.

Lebih mengejutkan, lelaki itu merupakan seorang suami yang belum dikurniakan cahaya mata dan ada yang mengatakan mereka berdua ini sudah lama berkenalan namun cinta mula berputik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, nama penyanyi ini sedang meningkat naik dan perkara ini bertambah kecoh apabila mereka berdua menghadiri majlis perkahwinan seorang selebriti baru-baru ini tanpa membawa isterinya.

image is not available
Gambar hiasan

Difahamkan, isterinya pun bukanlah orang luar dalam industri, maka sebab itulah ramai yang tertanya-tanya, mengapa tidak dibawa bersama.

Dalam sumber yang sama, dikatakan penyanyi wanita itu turut menginap di hotel yang sama dengan pengurusnya itu untuk menghadiri majlis tersebut.

Ramai yang pelik mengapa isterinya tidak dapat syak hubungan kedua-dua mereka itu dan setakat artikel ini ditulis masih belum ada sebarang kenyataan dari mana-mana pihak berkaitan isu ini.

Hmm, apa-apa pun kita doakan je lah yang baik baik untuk semua…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.