Kantoi ‘dating’ dengan kekasih di Bali? Meerqeen nafi tuduhan tak berasas – “Bukan nak defensif”

LocalEntertainment
1 Jul 2026 • 3:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Meerqeen, menafikan dakwaan netizen yang mengaitkan dirinya sedang bercuti bersama teman wanitanya di Bali, selepas tular beberapa gambar yang menunjukkan dia bersama seorang wanita.

Bukan nak defensif

Image from: Kantoi ‘dating’ dengan kekasih di Bali? Meerqeen nafi tuduhan tak berasas – “Bukan nak defensif”

Mengulas perkara itu, Meerqeen menjelaskan wanita yang berada dalam gambar berkenaan bukan pasangan seperti yang didakwa, sebaliknya mereka hanya menghadiri acara yang sama yang turut dihadiri ramai tetamu.

Image from: Kantoi ‘dating’ dengan kekasih di Bali? Meerqeen nafi tuduhan tak berasas – “Bukan nak defensif”

“Not to be defensive tapi awak tahu tak konsep event tu macam mana? Ramai orang ada dekat situ. And the girl is not my partner or whatever,” balasnya, semalam.

Pada masa sama, pelakon itu mengakui sudah penat berdepan spekulasi yang berterusan dan berharap orang ramai berhenti mencari kesalahan serta menyebarkan dakwaan tidak berasas mengenai dirinya.

Image from: Kantoi ‘dating’ dengan kekasih di Bali? Meerqeen nafi tuduhan tak berasas – “Bukan nak defensif”

“Im tired of this shit. Pergi lah cari benda yang boleh happy kan hati. Jangan la cari salah orang je. I dont hate you but please, stop.” tambahnya lagi.

Artikel lain: Meerqeen buat persiapan ke Hollywood, mahu mulakan hidup baharu

Kenyataan itu sekali gus menjawab spekulasi yang tersebar, selain menegaskan bahawa kehadirannya di Bali adalah berkaitan dengan acara yang dihadiri ramai orang, bukan percutian romantik seperti yang didakwa sesetengah pihak,

Setakat ini, hantaran berkenaan terus menjadi perhatian netizen di media sosial dengan mengundang pelbagai reaksi yang bercampur-baur.

Sumber: Threads suka22._

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved