OpenAI Akan Lancarkan Papan Kekunci Khusus Untuk Codex

TechnologyDigital
30 Jun 2026 • 11:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI mengacah pelancaran perkakasan pertama mereka dan ia bukan sebuah telefon atau rantai pintar seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Sebaliknya ia adalah Codex Micro, sebuah papan kekunci tambahan yang direka khusus untuk digunakan bersama Codex. Papan kekunci ini akan mula dijual bermula 15 Julai depan.

Image from: OpenAI Akan Lancarkan Papan Kekunci Khusus Untuk Codex

Ia mempunyai butang pintasan pantas memudahkan beberapa fungsi Codex diakses segera. Codex Micro dibangunkan dengan kerjasama Work Louder dengan ia telah diperlihatkan di acara AI Engineer World Fair. Ia mempunyai rekaan yang sama seperti papan kekunci tambahan Figma Creator Micro yang dilancarkan pada tahun 2023.

Image from: OpenAI Akan Lancarkan Papan Kekunci Khusus Untuk Codex

Maka secara teknikalnya Codex Micro bukanlah perkakasan fizikal pertama sebenar OpenAI kerana ia hasil kerjasama dengan syarikat ketiga. Perkakasan pertama OpenAI yang menerima sentuhan Jony Ive masih lagi sedang diperhalusi dengan ia sudah disahkan bukan sebuah telefon pintar seperti iPhone.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved