Kantoi Dengan Polis, Atlet Olimpik Tak Sempat Beli Dadah

9 Aug 2024 • 2:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Acara sukan Olimpik Paris 2024 belum selesai, tapi pelbagai cerita dan kontroversi tentang atlet mula tersebar di media sosial.

Terbaru, menerusi laporan Herald Sun, terdapat seorang pemain hoki Australia, Tom Craig telah ditangkap polis pada malam Selasa lalu kerana membeli satu gram kokain di jalan Paris.

image is not available

Tom Craig pada mulanya cuba melarikan diri selepas perbuatannya itu berjaya dikesan oleh pihak berkuasa, namun gagal dan hanya mampu menyerah diri.

Atlet yang berusia 28 tahun itu, telah menghabiskan hampir 18 jam di penjara selepas ditangkap dalam cubaan untuk membeli dadah.

Walau bagaimanapun, Tom tidak diberi sebarang denda atau pendakwaan lanjut. Tetapi telah diberi amaran keras, dan akan dibuang dari perkampungan Olimpik.

image is not available

Dalam sidang media, Tom telah memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesalahannya.

Saya membuat kesilapan yang teruk dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan saya.

Tindakan saya adalah salah saya sendiri dan tidak mencerminkan nilai keluarga saya, rakan sepasukan saya, kawan-kawan saya, sukan saya dan pasukan Olimpik Australia.

Saya telah memalukan anda semua. Saya benar-benar minta maaf, ujarnya.

Tom juga akan kehilangan semua keistimewaan di Olimpik, dan difahamkan dia juga tidak akan menghadiri upacara penutupan.

Kini Tom berada di luar perkampungan Olimpik bersama keluarganya dan dijangkan akan terbang ke Jerman dalam beberapa minggu atau hari lagi.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Herald Sun