Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis

14 Sep 2022 • 5:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek berusia 19 tahun ditahan pihak polis

Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis. Telah dilaporkan bahawa pihak polis menahan seorang suspek berusia 19 tahun kerana mengedar dadah. Barangan terlarang tersebut ditemui di dalam kereta suspek di belakang lot kedai komersial di Jalan Batu Kawa-Matang.

Menurut laporan media tempatan, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam satu kenyataan berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 39B dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

image is not available
Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis

Barang yang terlarang disembunyi dalam kenderaan suspek

Menurut Abang Zainal, suspek cuba melarikan diri daripada anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik daerah itu tetapi berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan singkat pada jam 11 malam tadi.

Pihak polis curiga dengan aktiviti suspek dan cuba menahannya ketika dia sedang duduk bersendirian di dalam kedai kopi di lot kedai komersial itu.”

Difahamkan bahawa suspek membawa polis ke tempat letak keretanya, pencarian bahan terlarang tersebut dilakukan di hadapannya.

Namun suspek didapati negatif salah guna dadah

Di dalam kereta tersebut, pihak polis menemui satu paket plastik mengandungi bahan seperti kristal dipercayai syabu seberat 75.1 gram bernilai RM7,510. Turut ditemui empat paket plastik dadah dipercayai ganja seberat 32.35 gram bernilai RM1,617.50.

Semua dadah itu ditemui di dalam tempat letak tangan kereta,”

Dalam sebuah kenyataan, suspek didapati negatif penyalahgunaan dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Jelas Ketua Polis Daerah Padawan, suspek mengaku kepada polis bahawa dirinya terlibat dalam kegiatan berkaitan dadah pada Jun tahun ini dan memperoleh dadah itu daripada pengedar tempatan di sini. Polis turut merampas seutas rantai leher emas bernilai RM5,913 daripada remaja itu.

Jabatan Premier Sarawak telah mengeluarkan satu pekeliling baharu tentang pengendalian gangguan seksual di tempat kerja. Baca lebih lanjut di pautan bawah: