Kantoi gara-gara tertinggal IC semasa samun kedai emas

23 Jul 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kantoi gara-gara tertinggal IC semasa samun kedai emas

BANGKOK – Seorang perompak ditahan gara-gara tidak sengaja meninggalkan kad pengenalannya (IC)  semasa merompak sebuah kedai emas di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 5.45 petang (waktu tempatan) di sebuah pusat beli-belah di utara Pattaya, baru-baru ini. 

Beberapa pekerja kedai memberitahu polis bahawa suspek mengancam untuk membunuh mereka. Suspek berkata, dia memerlukan wang untuk melunaskan hutang perjudian. 

Suspek yang hanya dikenali sebagai Q, 34, itu melarikan seutas rantai emas bernilai lebih 130,000 baht (RM15,735), namun kad pengenalannya tercicir semasa meninggalkan kedai, membolehkan polis mengenal pasti identitinya dengan mudah. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Q meminta untuk mencuba rantai tersebut sebelum mengancam seorang pekerja dan melarikan diri bersama barang kemas. 

Q diberkas selepas polis melakukan serbuan di sebuah bilik sewa di Soi Map Song, namun rantai yang dicuri gagal ditemukan. 

Q memberitahu polis  bahawa dia menjual rantai itu di sebuah kedai emas di Soi Noen Plub Wan pada harga 117,000 baht (RM14,162) dan menggunakan sebahagian besar wang untuk membayar hutang. 

Dia mendakwa kira-kira 65,000 baht (RM7,868) masih lagi tersimpan di dalam akaun banknya. 

Polis masih meneruskan siasatan lanjut, manakala suspek berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 336 Undang-undang Jenayah. – AGENSI

The post Kantoi gara-gara tertinggal IC semasa samun kedai emas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved