Panas Terik Bukan Penghalang! Warga Emas Kayuh Beca, Bawa Isteri Lihat PM Anwar Depan Mata

LocalPolitics
5 Jul 2026 • 7:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang singgah bersarapan di sebuah kedai makan di sini, hari ini.

Abdul Razak Pelangga, 86, yang juga Imam Masjid Raudhatul Jannah Parit Bugis, membawa isterinya, Jamilah Samsudin, 64, dari Kampung Parit Bugis ke Kedai Kopi Hailam Sri Medan selepas mendapat perkhabaran kehadiran Perdana Menteri di kawasan berkenaan.

Image from: Panas Terik Bukan Penghalang! Warga Emas Kayuh Beca, Bawa Isteri Lihat PM Anwar Depan Mata

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memudahkan pergerakan selain mengelak kesesakan parkir, walaupun beliau mempunyai pilihan lain seperti kereta atau motosikal.

“Banyak kali dah mengundi, tapi kali ini rasa istimewa sikitlah, dapat tunai kewajipan mengundi pada ulang tahun hari kelahiran,” katanya.

Image from: Panas Terik Bukan Penghalang! Warga Emas Kayuh Beca, Bawa Isteri Lihat PM Anwar Depan Mata

Abdul Razak berkata beliau pernah bertemu Anwar Ibrahim ketika pemimpin itu belum bergelar Perdana Menteri, termasuk pengalaman mengimamkan solat di masjid kampungnya satu ketika dahulu, yang meninggalkan kenangan mesra bersama keluarga.

Image from: Panas Terik Bukan Penghalang! Warga Emas Kayuh Beca, Bawa Isteri Lihat PM Anwar Depan Mata

Perdana Menteri dilaporkan meluangkan masa kira-kira 50 minit bersarapan di lokasi berkenaan serta menyantuni orang ramai sempena Majlis Ramah Mesra Bersama PMX bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang bersempena Pilihan Raya Negeri Johor.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved