
Jangan guna MyKad orang lain tanpa kebenaran bagi pembelian petrol subsidi menerusi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Ini kerana Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan mana-mana individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman
Denda sehingga RM20,000
Hukuman penjara sehingga 3 tahun
Atau kedua-duanya sekali!
Untuk itu, MoF memberi amaran keras supaya tiada pihak menggunakan nombor atau maklumat MyKad milik individu lain tanpa kebenaran bagi mendapatkan manfaat subsidi BUDI95.


Bagi mengekang ketirisan ini daripada terus berleluasa, MoF telah mengarahkan semua syarikat peruncit minyak untuk mengetatkan Standard Operasi Standard (SOP) mereka.
Selepas ini:
Wajib Pengesahan Fizikal: Sebarang urus niaga secara manual tanpa pengesahan fizikal MyKad terlebih dahulu adalah DILARANG SAMA SEKALI.
Siasatan Dalaman: Stesen minyak yang dikesan melanggar SOP akan disiasat dan tindakan susulan yang sewajarnya akan diambil terhadap stesen yang terlibat.
Latihan Semula Staf: Kakitangan barisan hadapan di kaunter stesen minyak akan dilatih semula, dan paparan SOP akan diletakkan dengan jelas di kaunter pembayaran.

Kesimpulannya: Subsidi adalah hak mereka yang layak. Jangan disebabkan mahu berjimat beberapa ringgit, masa depan kita tergadai di sebalik jeruji besi. Jadilah pengguna yang jujur dan berintegriti!





