Kantoi Keluar Dengan GF Adik, Lelaki Serang Adik Sendiri Dipenjara 3 Bulan

14 Jul 2022 • 5:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorange lelaki dari Sibu telah dihukumkan penjara 3 bulan akibat menyerang adik lelakinya dengan pisau pemotong

Kantoi Keluar Dengan GF Adik, Lelaki Serang Adik Sendiri Dipenjara 3 Bulan. Dilaporkan seorang lelaki dari Sibu telah dihukumkan penjara 3 bulan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan parah kepada adik lelakinya dengan senjata berbahaya.

Lelaki tersebut, Faizal Mohamad Khairi, 39 tahun, dilaporkan menyerang mangsa selepas diprovokasi mangsa kerana keluar dengan teman wanita mangsa.

image is not available
Kantoi Keluar Dengan GF Adik, Lelaki Serang Adik Sendiri Dipenjara 3 Bulan

Keluar dengan teman wanita adiknya, menyebabkan konflik antara adik-beradik

Menurut laporan, Faizal telah keluar dengan teman wanita adik lelakinya dan menyebabkan adiknya melakukan provokasi terhadap abangnya.

Faizal kemudian dilaporkan menetak mangsa, 33 tahun, menggunakan sebilah pisau pemotong daging di sebuah rumah di Kampung Nangka pada 26 Februari lalu sekitar jam 3PM.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam yang mengadu pergaduhan membabitkan senjata berbahaya di sebuah rumah di kampung berkenaan.

Siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di hidung selepas ditetak dua kali di kepala oleh Faizal manakala kejadian tersebut disaksikan oleh bapa saudara mereka.

Tertuduh ditahan pada 5 Julai lalu.

Dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan setelah tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, atau dengan denda, atau rotan, atau mana-mana dua hukuman sedemikian jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Heng Yi Min.

Lagi di sini: