
AKTIVIS Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke G4z4, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs antara tiga sukarelawan yang ditahan.
Tiga rakyat Malaysia dilaporkan ditahan rejim Israel sebentar tadi di Zon Merah 2 iaitu berbaki kira-kira 185 kilometer untuk sampai ke perairan G4z4.
Turut ditahan pembantu perubatan dikenali sebagai Chin yang dipintas sekitar pukul 8.30 malam.
Selain itu, turut diculik ialah Syed Amirul yang menaiki kapal Don Juan.
Sementara itu kapal Zefiro yang dinaiki aktivis Malaysia Thanisah dipintas kira-kira jam 7.44 malam.
Memetik Berita Alhijrah, Global Sumud Flotilla Tracker berkata, keempat-empat peserta Malaysia terakhir yang berada di kapal-kapal GSF 2.0, disahkan telah diculik rejim Zionis.
Ia menjadikan 29 peserta Malaysia telah diculik dan ditahan akan dibawa ke Pelabuhan Ashd*d, negara haram I5r4el.
Sebelum itu, 16 rakyat Malaysia ditahan. Antaranya Zainal Rashid Ahmad yang menaiki kapal Amanda, Muhamad Muhsin Zaidi (Isobella) serta Mohammad Shazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari (Cactus).
Turut ditahan S. Patmanathan, Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar dan Dr Syakirin Muhamed Senin (Ferluto), Abdul Samad Selamat dan Naufa Azhari (Bianca ITA), Mohammad Farizzal Rostam dan Muhammad Zaid Abdul Karim (Gotico) serta Norazman Ishak (Abodes).
Selain itu, turut ditahan ialah Hazwan Hazim Dermawan, Mohd Shamsir Mohd Isa dan Osman Zolkifli (Themis) serta Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (Josef).
Sumber: Instagram, Kosmo, Sinar Harian
