Kapal Galaxy Leader Yang Dirampas Houthi Jadi Tarikan Pelancong

14 Dec 2023 • 3:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Tentera Houthi Yaman yang disokong Iran di Laut Merah menjadikan kapal Galaxy Leader yang dirampas sebelum ini jadi sebagai tarikan pelancong.

Menurut laporan Alarabiya News, orang ramai berpusu-pusu hadir ke kapal tersebut untuk melihat sendiri persembahan dan aktiviti kebudayaan yang diadakan oleh Houthi untuk menzahirkan solidariti dengan rakyat Palestin di kapal Galaxy Leader itu.

Selain berswa foto, pengunjung juga dibenarkan untuk memijak bendera Israel dan Amerika Syarikat yang diletakkan di lantai kapal tersebut.

Kapal Galaxy Leader jadi tarikan pelancong

image is not available

Lagu moral Houthi juga dimainkan pada pembesar suara yang dipasang di menara kapal. Pegawai media Houthi, Sameer al-Rabit, berkata kapal itu telah bertukar menjadi tarikan pelancong.

Apa yang lebih menarik, Houthi menyediakan 10 buah bot kecil untuk mengangkut orang ramai ke kapal tersebut secara percuma.

image is not available

“Tiga bot lain milik nelayan dari Al Salif ditetapkan untuk keperluan mendesak dan untuk orang kenamaan, tetapi (bot) ini berbayar.

“Ia mengambil masa 10 minit dari pelabuhan ke kapal. Terdapat tangga dikhaskan untuk orang kurang upaya dan warga emas tetapi penggunaannya sangat terhad. Keluarga dibenarkan melakukan lawatan mengelilingi kapal tetapi tidak di atas kapal,” kata seorang nelayan bernama Saber.

25 Anak kapal Galaxy Leader dari pelbagai negara yang menjadi tebusan dibenarkan untuk berhubung dengan keluarga mereka meskipun didesak untuk dibebaskan.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, Galaxy Leader yang dikendalikan oleh syarikat Jepun NYK Line adalah hak milik Ray Car Carriers. Kapal yang dimiliki oleh jutawan perkapalan Israel, Abraham Rami Ungar berdaftar di Isle of Man, pulau kecil antara England dan Ireland.