Kapal Kargo Dirampas, Kini Jadi ‘Tempat Tarikan Pelancong’

Entertainment
10 Dec 2023 • 3:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah kapal kargo telah ditukarkan menjadi ‘tempat tarikan pelacong’ selepas dirampas oleh pemberontak Houthi di perairan Yaman. Kapal yang dirampas itu dipercayai ada hubung kait dengan Israel.

image is not available

Memetik laporan Daily Mail UK, sekumpulan lelaki telah dikesan mengambil swafoto dan melawat kapal kargo itu. Beberapa gambar telah diambil dan kelihatan orang ramai meneroka kapal besar itu. Beberapa orang yang berada di ‘tempat tarikan pelancong’ itu didapati mengambil gambar pemandangan lautan dan mengangkat bendera Yaman sambil tersenyum ke arah kamera.

Ada yang digambarkan sedang menaiki tangga kapal manakala yang lain bersenjatakan senapang berjalan mengelilingi kapal. Satu bahagian kapal itu telah dicoretkan dengan slogan yang menyatakan sokongan kepada Hamas di Gaza.

image is not available

Penukaran kapal kargo menjadi ‘tempat tarikan pelancong’ itu berlaku selepas anggota militia Houthi mengancam untuk menyasarkan kapal Israel berikutan perang dengan Gaza. Walau bagaimanapun, anak kapal yang masih terperangkap di atas kapal, telah dibenarkan menghubungi dengan keluarga mereka secara terhad.

image is not available

Seramai 25 orang anak kapal yang dijadikan tebusan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keadaan semasa di Gaza ataupun terkait dengan Israel.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article