Kapal KD Pendekar Tenggelam, Mujur Kesemua Kru Selamat

26 Aug 2024 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tentera Laut Diraja (TLDM) mengesahkan kapal miliknya iaitu Kapal Diraja (KD) PENDEKAR tenggelam sepenuhnya, petang semalam.

Bagaimanapun, kesemua 39 kru di dalam kapal itu berjaya diselamatkan sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya. Tiada kecederaan dilaporkan.

image is not available

TLDM berkata, kesemua kru kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD SULTAN ISMAIL di Tanjung Pengelih, Johor.

"Aset TLDM ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa dan keselamatan persekitaran," katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Sebelum ini, TLDM memaklumkan kapalnya mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika kapal berkenaan melaksanakan penugasan operasi.

Kebocoran itu dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air.