Kapal kontena Singapura karam terkena periuk api di Selat Hormuz

15 Oct 2026 • 12:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kapal kontena Singapura karam terkena periuk api di Selat Hormuz

TEHERAN: Sebuah kapal kontena didaftarkan di Singapura karam selepas terkena periuk api di Selat Hormuz pada Rabu. Ia berlaku ketika rantau itu dilanda gelombang serangan terhadap kapal dagang dan rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran masih menemui jalan buntu. 

Lebih 20 kapal tangki minyak dan kapal lain diserang sepanjang bulan ini.

Kapal kontena berdaftar di Singapura itu, GFS Pride, terbakar sebelum karam manakala kesemua 21 anak kapalnya berjaya diselamatkan, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.

Gambar dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan asap menjulang dari kapal yang senget, manakala berpuluh-puluh kontena terapung di permukaan air.

Sebuah lagi kapal berdaftar di Singapura, GFS Giselle, turut diserang pada hari sama sehingga mengalami kerosakan pada badan kapal. 

Kapal itu berjaya meninggalkan kawasan berkenaan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan dalam kalangan anak kapalnya.

Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata, GFS Pride yang membawa lebih 2,500 kontena karam ketika belayar melalui laluan yang disifatkannya sebagai tidak dibenarkan dan berbahaya.

Ketua perunding Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf mengulangi pendirian awal bulan ini bahawa Iran tidak akan membuka semula laluan perairan penting itu, yang lazimnya mengendalikan kira-kira satu perempat daripada perdagangan minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia melalui laut, sehingga AS menerima syarat yang ditetapkan Teheran.

Syarat itu termasuk penarikan sekatan dan pembebasan dana Iran yang dibekukan.

“Kapal tempatan dan nelayan mesti mengutamakan keselamatan ketika melalui laluan ini bagi mengelakkan perlanggaran dengan kontena yang terapung di permukaan air,” kata Tentera Laut IRGC dalam kenyataan yang disiarkan Press TV. – AGENSI

The post Kapal kontena Singapura karam terkena periuk api di Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved