Kapal LMSB2 Ketiga TLDM Dilancar Di Turkiye, Dinamakan Tunku Osman Jewa

10 Aug 2026 • 6:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kapal LMSB2 Ketiga TLDM Dilancar Di Turkiye, Dinamakan Tunku Osman Jewa

Kapal LMSB2 Ketiga TLDM Dilancar Di Turkiye, Dinamakan Tunku Osman Jewa

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Industri pertahanan dan ketenteraan maritim negara melakar pencapaian bersejarah apabila kapal ketiga kelas Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilancarkan di Istanbul, Turkiye pada Ahad.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi TLDM, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyaksikan majlis pelancaran penuh tradisi ketenteraan yang berlangsung di Istanbul Shipyard itu.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff selaku 'Royal Sponsor'.

Kapal perang moden ketiga dalam siri LMSB2 itu secara rasminya dinamakan sebagai "Tunku Osman Jewa" dengan membawa nombor pennant 143.

TLDM memaklumkan bahawa pemilihan nama berkenaan sebagai penghormatan tertinggi negara bagi mengenang jasa serta mengabadikan legasi Almarhum Jeneral Tan Sri Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa.

Tokoh berkenaan ialah kerabat diraja Kedah dan melakar sejarah sebagai Panglima Angkatan Tentera pertama yang dilantik dalam kalangan anak watan.

Pada majlis itu, delegasi Kementerian Pertahanan diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, dan turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Datin Roszanina Wahab serta Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Badarudin Taha.

Menurut TLDM, upacara bersejarah itu sekali gus melengkapkan tiga siri pelancaran bagi kapal LMSB2 di limbungan berkenaan.

"Kemuncak pelancaran kapal ketiga ini menyaksikan ketiga-tiga aset tempur strategik, iaitu Tunku Laksamana Abdul Jalil (141), Raja Laut (142), dan Tunku Osman Jewa (143), yang kini bersedia sepenuhnya untuk melangkah ke fasa seterusnya secara serentak.

"Kesemua kapal ini akan mula menjalani fasa integrasi sistem penderia, pemasangan sistem peperangan dan persenjataan moden," menurut kenyataan itu.

Selain itu, aset tempur berkenaan akan menjalani siri penilaian Ujian Penerimaan Pelabuhan (Harbour Acceptance Trials) dan Ujian Penerimaan Laut (Sea Acceptance Trials).

Menurut TLDM, momentum pembinaan yang mengikut jadual itu meletakkan ketiga-tiga kapal terbabit pada landasan tepat untuk diserahkan secara rasmi kepada armada tentera laut pada penghujung tahun depan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved