Kapal Misi Pesisir TLDM ketiga Tunku Osman Jewa dilancarkan di Istanbul, Türkiye

10 Aug 2026 • 2:13 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kapal Misi Pesisir TLDM ketiga Tunku Osman Jewa dilancarkan di Istanbul, Türkiye Image from: Kapal Misi Pesisir TLDM ketiga Tunku Osman Jewa dilancarkan di Istanbul, Türkiye hamden10/08/2026 - 14:13 Kapal misi pesisir (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinamakan Tunku Osman Jewa dilancarkan secara rasmi di Istanbul Shipyard, Türkiye pada Ahad. - Gambar/ TLDM Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kapal ketiga, Kapal Misi Pesisir (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinamakan dan dilancarkan secara rasmi di Istanbul Shipyard, Türkiye pada Ahad.

 

Kapal berkenaan dinamakan Tunku Osman Jewa sebagai penghormatan kepada Allahyarham Jeneral Tan Sri Tunku Osman bin Tunku Mohammad Jewa, kerabat diraja Kedah yang merupakan Panglima Angkatan Tentera pertama daripada kalangan anak watan.

 

Majlis pelancaran tersebut disaksikan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan disempurnakan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff selaku Royal Sponsor.

 

TLDMOsman
Majlis pelancaran kapal TLDM Tunku Osman Jewa disempurnakan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff selaku Royal Sponsor.

 

Kerabat diraja Kedah turut berangkat mengiringi baginda berdua pada majlis berkenaan.

 

 

 

 

 

Delegasi Kementerian Pertahanan pula diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Malek Razak Sulaiman.

 

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datin Roszanina Wahab dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Ts Badarudin Taha yang mewakili Panglima Tentera Laut.

 

Memasuki Fasa Seterusnya Serentak

TLDM dalam kenyataan berkata, pelancaran Tunku Osman Jewa melengkapkan siri pelancaran tiga kapal LMSB2 yang dibina di Istanbul Shipyard.

 

Dua lagi kapal yang telah dilancarkan sebelum ini ialah Tunku Laksamana Abdul Jalil (141) dan Raja Laut (142).

 

Dengan pelancaran kapal ketiga itu, ketiga-tiga aset strategik berkenaan kini bersedia untuk memasuki fasa seterusnya secara serentak.

 

Kesemua kapal akan menjalani proses integrasi sistem penderia, pemasangan sistem peperangan dan persenjataan moden sebelum melalui siri penilaian serta ujian penerimaan.

 

 

 

 

 

 

Antara ujian yang akan dilaksanakan termasuk Harbour Acceptance Trials (HAT) dan Sea Acceptance Trials (SAT) bagi memastikan setiap sistem dan keupayaan kapal memenuhi keperluan operasi yang ditetapkan.

 

Menurut TLDM lagi, kemajuan pembinaan yang berjalan mengikut jadual meletakkan ketiga-tiga kapal LMSB2 berkenaan pada landasan yang tepat untuk diserahkan secara rasmi kepada TLDM pada penghujung tahun depan. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved