Kapal Ocean Thunder bawa bahan api tiba di Malaysia

17 Apr 2026 • 6:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kapal Ocean Thunder tiba di Malaysia pada Jumaat.

SHAH ALAM - Kapal tangki minyak Malaysia, Ocean Thunder dilaporkan tiba di perairan negara di Pengerang, pada Jumaat.

Berdasarkan kemas kini Vessel Finder menunjukkan kapal tangki minyak mentah bersaiz sangat besar (VLCC) berdaftrar di Panama itu dilaporkan tiba pada jam 5.30 petang.

Kapal berkenaan sebelum ini sudah memasuki perairan Singapura dengan kelajuan 1.7 knot.

Kapal yang membawa kira-kira satu juta tong minyak mentah Basrah Heavy dari Iraq, dijadualkan dihantar ke Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC), hab hiliran yang dikendalikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penghantaran berkenaan menandakan berakhirnya perjalanan berisiko tinggi yang bermula di Iraq pada awal Mac.

Ocean Thunder melalui Selat Hormuz pada 5 April lalu, iaitu laluan strategik yang terjejas akibat konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved