Satu Kapal Malaysia Bawa Bahan Api Rosak, Tak Dapat Berlepas Dari Selat Hormuz

17 Apr 2026 • 5:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api dilaporkan mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kerajaan sedang memantau lima kapal Malaysia yang masih berada di laluan strategik itu.

Pada masa sama, dua buah kapal yang telah melalui laluan tersebut iaitu satu daripadanya telah tiba di tanah air manakala sebuah lagi sedang menghampiri perairan Malaysia.

“Satu kapal sudah sampai (di Pengerang, Johor), satu lagi hampir sampai dan masuk dalam perairan Malaysia, maknanya (ada) dua (kapal), yang lain itu dengan keputusan baharu walaupun sudah lepas, tetapi kita masih memantau.

“Dari segi kelulusan, memang Iran memberi kelulusan kepada tujuh kapal kita (melepasi Selat Hormuz), tetapi satu (kapal) mempunyai masalah kerosakan hingga tak boleh berlepas dari pelabuhan.

“Disebabkan keadaan terbaru ini, kita ada hadapi masalah sedikit,” katanya.

image is not available

Sementara itu, Anwar berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mewakili beliau pada sidang khas antarabangsa berhubung situasi di Selat Hormuz anjuran United Kingdom dan Perancis, malam ini.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Dagang News

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved