Kapal Offshore Di Hong Kong Karam Akibat Taufan, 27 Orang Masih Belum Ditemui

3 Jul 2022 • 2:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian tragis itu berlaku semalam di luar Hong Kong

Kapal Offshore Di Hong Kong Karam Akibat Taufan, 27 Orang Masih Belum Ditemui. Dilaporkan sebuah kapal offshore karam di luar Hong Kong akibat taufan di Laut China Selatan pada hari Sabtu.

Semasa laporan awal, lebih 2 dozen anak kapal tidak dapat dikesan selepas kapal mereka pecah dua, dengan penyelamat berebut-rebut mencari mereka.

image is not available
Kapal Offshore Di Hong Kong Karam Akibat Taufan, 27 Orang Masih Belum Ditemui

Sekurang-kurangnya tiga orang daripada 30 anak kapal berjaya diselamatkan

Menurut laporan, pihak berkuasa telah menghantar pesawat dan helikopter untuk membantu penyelamat, dengan 3 orang daripada 30 anak kapal telah diselamatkan.

Kapal offshore tersebut, yang berada 160 batu nautika (296km) barat daya Hong Kong, dilaporkan mengalami kerosakan besar dan pecah menjadi dua bahagian serta 30 anak kapal meninggalkan kapal tersebut.

image is not available
Kredit foto: maritimebulletin

Tiga mangsa yang terselamat berkata, anak kapal lain mungkin telah dihanyutkan ombak sebelum helikopter pertama tiba.

Ribut tropika Chaba yang teruk, dengan angin maksimum 100 km/j, telah mendarat di bahagian barat wilayah Guangdong di China pada hari Sabtu dan menyebabkan kesukaran kepada anak-anak kapal berkenaan sebelum kejadian berlaku.

Kapal telah dikenalpasti

Sebelum ini, kapal tersebut belum dikenalpasti tetapi kemas kini baru telah mengesahkan bahawa kapal itu adalah kapal pembinaan offshore FU JING 001.

Operasi SAR sedang dijalankan dalam keadaan cuaca yang sangat mencabar, dengan 3 kapal SAR kini sedang beroperasi di kawasan tersebut.

Pada masa ini, hanya 3 telah disahkan selamat, 27 anak kapal masih belum ditemui.

image is not available
Kredit foto: maritimebulletin

Lagi di sini: