Berebut Teman Wanita, Suami Orang Parah Ditetak

2 Jul 2022 • 6:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

PETALING JAYA - Gara-gara berebut teman wanita, seorang lelaki parah di belakang badan akibat ditetak empat lelaki di Sungai Way, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, mangsa ditemui oleh isterinya yang berusia 33 tahun sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis sekitar jam 9.30 malam.

Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian belakang badan selepas ditetak oleh suspek yang dikenalinya.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki sekitar jam 12.30 tengah malam tadi hingga jam 2 pagi di kawasan Sungai Way, manakala dua lagi di perkarangan sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.

“Semua suspek berusia 21 hingga 37 tahun. Semakan mendapati dua daripada mereka mempunyai lima rekod jenayah lampu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman selama empat hari mulai hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

“Punca kejadian dipercayai kerana berebut teman wanita,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. - Getaran, 2 Julai 2022