
Kapal Pengangkut AS Berundur Dari Iran
WASHINGTON -- – Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Gerald R. Ford berundur daripada operasi berkaitan perang Iran dan belayar ke pangkalan Tentera Laut AS di Crete untuk kerja-kerja pembaikan, selepas kebakaran berlaku di atas kapal minggu lalu, lapor CNN News.
Pergerakan kapal pengangkut pesawat paling canggih milik AS itu berlaku ketika operasi ketenteraan terhadap Iran masih memuncak, terutamanya ketika AS sedang mencari jalan untuk mengurangkan ancaman Tehran terhadap laluan perkapalan di Selat Hormuz.
Kapal tersebut sebelum ini berfungsi sebagai pelantar sedia ada bagi jet pejuang Amerika untuk menyertai kempen ketenteraan berkenaan.
Pihak tentera AS menyatakan kebakaran pada 12 Mac tersebut bukan disebabkan oleh pertempuran.
Dua kelasi menerima rawatan perubatan bagi kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan berada dalam keadaan stabil.
Baca juga:Pegawai tersebut berkata, Ford yang sedang belayar di Laut Merah, akan berada di Teluk Souda di Crete, Greece untuk tempoh singkat bagi menjalani pembaikan.
Kapal-kapal lain dalam Kumpulan Tempur Kapal Pengangkut Ford kekal berada di lokasi sedia ada di rantau tersebut dan tidak menyertai Ford ke Teluk Souda.
Kapal pengangkut paling canggih AS itu telah dikerahkan selama berbulan-bulan, bermula ke Caribbean sebagai sebahagian daripada pengukuhan ketenteraan AS di rantau itu berikutan ketegangan dengan Venezuela.
Pada Februari, Presiden Donald Trump berkata beliau menghantar armada tempur itu ke Timur Tengah sebagai langkah untuk memberi lebih tekanan kepada Iran.

