Kapal tangki bawa  8,000 liter petrol bersubsidi tanpa kebenaran ditahan

LocalPolitics
27 Sep 2024 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan menahan sebuah kapal tangki membawa 8,000 liter petrol bersubsidi tanpa surat kebenaran yang sah, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, pihaknya yang sedang menjalankan operasi mengesan kapal tangki tersebut pukul 4 pagi Selasa ketika sedang menuju ke Telukan Sandakan.

Hasil pemeriksaan, kapal tersebut dikendalikan oleh seorang warga tempatan berumur 72 tahun dibantu lima anak kapal warga tempatan dan asing berumur 33 hingga 41 tahun yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kapal tangki dengan itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu membawa barang kawalan tanpa kebenaran atau dokumen yang sah.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Selain itu, mereka juga ditahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana mengemukakan dokumen yang meragukan.

“Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Sementara itu, Suhairy turut menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara untuk menghubungi Maritim Malaysia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.