Kapal tangki minyak terkena periuk api di Selat Hormuz

17 Oct 2026 • 4:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kapal tangki minyak terkena periuk api di Selat Hormuz

TEHERAN: Sebuah kapal tangki yang membawa lebih dua juta tong minyak mentah terbakar selepas terkena periuk api ketika cuba melintasi Selat Hormuz, menurut Pengawal Revolusi Iran hari ini.

Dalam kenyataannya, Pengawal Revolusi mendakwa kapal berkenaan melanggar peraturan dengan cuba melalui selat itu secara haram sehingga mencetuskan letupan dan kebakaran besar.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan lokasi tepat kejadian berkenaan.

Iran mengambil alih kawalan Selat Hormuz selepas perang tercetus pada penghujung Februari, sekali gus menyekat laluan strategik yang biasanya menyalurkan kira-kira satu perlima daripada penggunaan minyak global.

Selat yang terletak di antara Iran di utara dan Oman di selatan itu mempunyai lebar kira-kira 30 kilometer pada titik paling sempitnya.

Sejak mengambil alih kawalan laluan berkenaan, Teheran mewajibkan semua kapal mendapatkan kebenarannya sebelum dibenarkan melintasi selat itu.

Pengawal Revolusi mendakwa kapal tangki berkenaan cuba melintasi selat itu dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) selepas menyahaktifkan semua sistem penjejakan.

Pasukan itu turut menyiarkan video yang menunjukkan sebuah kapal terbakar pada waktu malam.

Sebagai tindak balas terhadap sekatan Iran di Selat Hormuz, Washington mengenakan sekatan laut terhadap eksport minyak negara itu.

Minggu ini, komander tentera laut Pengawal Revolusi, Laksamana Ali Ozmai, memberi amaran mana-mana kapal yang menyahaktifkan sistem navigasinya akan dianggap sebagai ‘musuh’.- AFP

The post Kapal tangki minyak terkena periuk api di Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved