![Image from: [VIDEO] Iphone, minyak wangi bertaburan di Selat Hormuz](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/iPHONE1.jpg)
NEW DELHI – Sejumlah klip video memaparka telefon pintar iPhone dan botol minyak wangi mewah terapung di Selat Hormuz tular di media sosial, lapor akhbar Hindustan Times hari ini.
Menurut laporan, barangan tersebut tumpah daripada kapal kontena mengibarkan bendera Singapura, GFS Pride, yang karam pada Rabu lepas.
“Kami sedang berkumpul dan menuju ke Selat Hormuz. Kami mendengar sebuah kapal kontena karam, jadi kami akan mengumpul iPhone dan minyak wangi,” kata seorang lelaki dalam satu klip video tersebut.
Kapal itu karam selepas terbakar terkena projektil tidak dikenali.
“Semua 21 anak kapal dipindahkan dengan selamat. Tiada kecederaan dilaporkan,” kata Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan seperti laporan akhbar Telegraph.
Menurut sumber keselamatan maritim, GFS Pride merupakan kapal kontena kecil dengan kapasiti 2,824 unit ekuivalen 20 kaki (TEU).
Pengawal Revolusi Iran berkata, kapal itu melanggar periuk api laut dan karam semasa melalui apa yang mereka dakwa sebagai laluan ‘tidak dibenarkan’ di Selat Hormuz. – AGENSI
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Iphone, minyak wangi bertaburan di Selat Hormuz appeared first on Kosmo Online.


